Sakinah Ramlan















; ;
fakta menarik tentang kucing

Friday, 30 November 2012 | 23:17 | 0 comments
hello budyyz , mesti ramai diantara pembaca post nih minat kucing kans ? rugi lah kepada sesiapa yang tak minat kucing tuh , sebab , kucing nih kans chumell , kadang kadang , kucing buleyhh buat kita happy , hilangkan stress , n banyak lagy , gelagat kucing nih memang kita tak boleh nak jangka , kans ? budyyz , today , qina nak story tentang fakta yang menarik , menganai kucing , lets seeee !
kucing 20 Fakta Menarik Tentang Kucing
awww chaaaq ! meow !
  • Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  • Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
  • Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  • Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada laluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu naty kunk tak pasal pasal jatuh longkang.
  • Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  • 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  • Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  • Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hewhew.
  • Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
  • Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki. kau ada ?
  • 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  • Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  • Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  • Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut 
  • Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  • Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari. ni lah akibatnya banyak makan dan terlalu dimanjakan oleh tuannya 
  • Kucing mampu mencari jalan pulang ke rumah dengan menggunakan medan magnet bumi, matahari dan jugak biological clock mereka sendiri.kucing pungg pandai sains , hahah
  • Kucing yang berumur setahun bersamaan dengan manusia yang berusia 18 tahun. 
  • Kucing boleh merasa benda-benda yang manis.
  • Kucing tidak akan makan makanan yang tidak boleh dihidunya. Terdapat 17 juta sel saraf pada hidung kucing membolehkan kucing mengesan bau yang ada disekelilingnya.
  • Indoor cat mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding outdoor cat. 
  • Banyak benda yang kucing tak boleh makan. Contohnya seperti chocolate, avokado, morning glory yang beracun jika dimakan oleh kucing dan boleh membawa maut.
  • Kucing jantan tiga warna adalah sangat-sangat jarang. Untuk setiap 3000 kucing tiga warna yang lahir, hanya seekor sahaja yang jantan.
  • Misai kucing adalah organ deria yang memberi maklum balas tentang jarak sesuatu objek yang berhampiran.
  • Kerajaan England membela beratus-ratus kucing dengan tujuan menjaga bangunan agar bebas dari haiwan-haiwan seperti tikus. 
  • Gunakan penyapu sekiranya anda terpaksa memisahkan kucing-kucing yang tengah bergaduh. tapi jangan pukul kuat kuat pulak , kesian dia .




/